top of page

Hargailah pengorbanan dan kerja orang

Kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Banyak kerja-kerja harian yang kita lakukan pastinya tidak terlepas dari melakukan kesilapan, walaupun telah berhati-hati untuk tidak melakukan kesilapan. Pun demikian, kita tetap melakukan kesilapan.

Jangan lah dengan satu kesilapan yang tidak disengajakan, kita menafikan segala kebaikkan yang telah orang lakukan. Tapi itu lah manusia! Jika kita mengharapkan pembalasan daripada manusia, ianya bukanlah satu tempat untuk kita mengharap! Kita patut mengharapkan pembalasan dan pengampunan dari Tuhan yang Maha Esa.


Segala penat lelah kita menyiapkan kerja, belum tentu orang akan baca dan tengok dengan teliti. Jika orang berniat tidak baik, mereka tidak akan tengok atau baca hasil kerja kita. Lebih buruk lagi, Jika tengok, hanyalah mencari kesalahan. Kita dapat menilai dengan baik, teguran yang diberikan itu adalah untuk membina atau bertujuan mencari kesalahan. Kita bukanlah buta sehingga tidak dapat menilai apa yang orang buat kepada kita. Tapi apakan daya, kita hanya manusia.. Jika hanya menharapkan perhatian dari manusia, kita telah melakukan kesilapan yang amat BESAR! Kita manusia, hanya dan hanya perlu mengharapkan pehatian dari Tuhan yang menciptakan kita! Hanya DIA sahaja yang boleh memberikan perhatian tanpa kesilapan dan tanpa silap!


Mohon dan sujudlah pada DIA yang Maha Esa!


MNA

 
 
 

Comments


Department of Statistics, Faculty of Computer and Mathematical Sciences, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, 35400 Tapah Campus, Perak, Malaysia.

  • twitter

©2026 by My Inference. Proudly created with Wix.com

bottom of page